Saturday, 17 May 2014

Makan-makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Kampung Baru merupakan kawasan perkampungan melayu yang terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Senang saja nak cari tempat ni.
Kampung Barunjuga merupakan surga makanan di Kuala Lumpur ni, Macam-macam gerai ada dan boleh pilih yang mana suka. Tapi yang pasti, pemilihan restoran perlu tepat untuk memastikan kenikmatan mengunyah dan menelan makan dikecapi dan tidak pula rasa mahu mencari tandas ketika sedang makan. TANDAS SUSAH NAK CARI DI SINI.

Thursday, 15 May 2014

Jalan-jalan di Kota Bharu

Ini gambar di WAKAF CEK YEH....macam uptown di Danau Kota dan Cheras...tetapi 2 kali lebih luas...barang-barang di sini murah-murah...bila lagi lah nak sampai kat sini

SINGGAH DI HENTIAN BENTA

Penat memandu, singgah sebentar di hentian Benta, Kuala Lipis. Makanan di sini boleh tahan juga, murah dan menarik. Semangkuk ikan patin bahagian kepala yang memang rasa menyengat tu baru RM 7.00 wow...tetapi akan patin di sini tetap tak sama macam masakan dan ikan patin TEMERLOH.

Nanti sesiapa yang datang KUALA LIPIS...singgah lah....

Sunday, 11 May 2014

Makanan di Kota Bharu MEMANG BEST!!!!

Best experience la kan....sebagai warga NEGERI SEMBILAN  yang membesar di NEGERI PAHANG, belajar berjalan di RAUB, belajar merempit di BENTONG dan pernah check in di hospital KUALA LIPIS, masakan dan kuih jenis ini tak pernah lagi jumpa....sila rujuk gambar:

GAMBAR 1
nama makanan ni ialah NASI DAGING GORENG.
Sedap dan dimakan bersama kari kaki ayam......mencakar la malam ni

GAMBAR 2
nama makanan ni ialah NASI KAPIT.
Di PAHANG dan NEGERI SEMBILAN di panggil NASI HIMPIT dan KETUPAT NASI...perbezaannya....Nasi Kapit ni dimakan dengan RENDANG yang manis.....menjilat jari  nyah oii

GAMBAR 3
nama makanan ni ialah KARIPAP GERGASI
sama dengan karipap biasa....bezanya dalam perut karipap ni ada setengan biji telur rebus.....MENGGIGIL NAK TELAN

kalau tak ada masalah, esok nak cari makanan lain yang bertema NEGERI KELANTAN....

Trip to Kota Bharu

Yehh...hari ni saya akan mulakan perjalanan saya ke Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah perjalanan bermula pada jam 8 pagi dan selamat sampai pada jam 2 petang. Letih tetapi puas..huhu..

Friday, 9 May 2014

Meeting lagi meeting lagi

Alamak, ada meeting pulak.  Memang tak bersedia tetapi kena la happy-happy datang. Adoii

Wednesday, 7 May 2014

10 MAKANAN YANG MEMBINA OTOT....FUYOOOO

1. Telur ayam
Telur secara keseluruhan menyediakan kandungan protein yang tinggi kira-kira 6-8 gram setiap telur, dan juga kaya dengan vitamin, besi, zink dan kalsium yang menjadikan telur sebagai salah satu makanan yang paling lengkap makanan untuk otot.



2. Dada ayam
Bagi setiap 100 gram dada ayam anda akan mendapatkan 30 gram protein, dengan lemak yang minimum. Makanan ini agak murah, mudah untuk dimasak dan boleh dihidangkan dalam banyak gaya yang berbeza. Yang terbaik panggang je tanpa minyak..=)

3. Minyak ikan
Minyak ikan mempunyai anti-radang yang membolehkan badan anda untuk pulih lebih cepat daripada senaman berat. Ini bermakna bahawa anda boleh bersenam lebih kerap. Apatah lagi, minyak ikan juga mungkin mempercepatkan metabolisme anda. Jadi, anda akan bukan sahaja dapat membina otot, tetapi juga membakar lebih banyak lemak.



4. Daging
Daging lembu tinggi dengan Omega-3 asid lemak, tinggi dengan lemak tepu yang baik, dan dimuatkan dengan 400 peratus lebih vitamin A (sebagai beta karotena) dan vitamin E. 


5. Oat
Oat menyediakan campuran karbohidrat, serat, protein, mineral dan vitamin. Membantu dalam mengeluarkan lemak dalam makanan yang diambil. Juga bagus untuk jantung


6. Nenas
Nanas adalah sumber makanan yang kaya dengan enzim protein mencerna dinamakan bromelein. Ia juga telah dibuktikan dapat mengurangkan keradangan otot, menjadikan ia satu tambahan dimakan selepas senaman anda.


7. Bayam (Spinach)
Sapa pernak tengok kartun popeye angkat tangan!!.. Bayam sebenarnya memang bagus untuk otot. Penyelidik di Universiti Rutgers (2008) menunjukkan bahawa phytoecdysteroidsyang terkandung dalam bayam boleh meningkatkan pertumbuhan otot sehingga 20 peratus. Terkejut? Apa lagi rajin-rajin la makan sayur..=)

8. Susu Coklat
Susu coklat boleh membantu anda membina otot dengan lebih baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Metabolisme Latihan, susu coklat adalah berkesan sebagai minuman sukan meningkatkan output jumlah latihan dan melambatkan keletihan

9. Kacang badam
Perkara-perkara besar boleh datang hanya dalam pakej kecil. Badam menyediakan sumber yang baik untuk protein dan lemak, tetapi ia adalah vitamin E yang paling bermanfaat untuk otot anda. Antioksidan yang kuat melawan radikal bebas dan membantu anda pulih lebih cepat daripada latihan anda.



10. Ubi keledek
Karbohidrat adalah nutrien penting untuk badan anda, dan mereka juga membantu anda menambah pada otot tambahan. Keledek adalah salah satu pilihan yang lebih sedap dan lebih mudah untuk menambah kedai tenaga dan menjana proses pembinaan otot. Selain itu, ia penuh dengan vitamin dan mineral untuk membantu anda mengekalkan paras gula darah yang normal.





WAHHHH....NANTI BOLEH JADI KUAT MACAM SAYA NI....