Saturday, 13 September 2014

HENTIAN IKAN SUNGAI LPT 1

Saya tak nafikan yang negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli dan hasil sungai. Apa yang pasti, daerah Temerloh adalah sangat sinonim dengan IKAN PATIN dan IKAN PATIN pula sangat-sangat sinonim dengan lauk IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.

Akan tetapi jangan lupa, di sini juga mempunyai satu lagi jenis ikan yang jarang dijumpai di kedai-kedai nasi campur iaitu IKAN BAUNG

Saya telah singgah di hentian rehat dan rawat (RnR), Temerloh arah ke Kuala Lumpur untuk berehat sebentar setelah penat dan mengantuk setelah memandu dari Kemaman dan menikmati hidangan IKAN BAUNG MASAK TEMPOYAK.

Saya akui IKAN BAUNG tidaklah sesedap IKAN PATIN kerana isinya agak pejal dan kurang lemak. Tukang masak yang berpengalaman lebih mengetahui cara memasak ikan ini supaya rasanya dapat menandingi lauk IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.

Harga yang yang ditawarkan untuk masakan di sini sangat berpatutan di semua gerai kerana dikawal oleh pihak pengurusan LPT 1 dan RnR agak selesa untuk di kunjungi.

Jadi sekiranya anda melalui LPT  1, jangan lupa untuk berkunjung ke RnR ini..

No comments:

Post a Comment