Salah satu penyebab atau faktor perkahwinan semakin hambar ialah hilangnya atau semakin berkurang libido atau nafsu syahwat oleh pasangan suami isteri. Hal ini berlaku kerana suami yang terlalu sibuk dengan hal-hal pekerjaan sehingga menyebabkan badan terlalu letih untuk bersama. Selain itu stress dengan keadaan kewangan dan masalah peribadi juga dapat mengurangkan libido seorang lelaki.
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan libido atau ghairah seks kembali seperti di awal perkahwinan. Antara salah satu cara ialah dengan mengambil herba atau ubat-ubatan yang banyak terjual di pasaran tetapi herba dan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin akan keselamatannya.
Selain dari mengambil herba atau ubat-ubatan, terdapat beberapa makanan semulajadi yang dapat meningkatkan libido dalam diri seseorang. Dengan mengambil makanan semulajadi, keselamatan adalah terjamin. Tambahan pula, makanan semujadi ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan libido malahan dapat meningkatkan kesuburan terutamanya bagi pihak lelaki.
Antara makanan semujadi yang dikatakan dapat meningkatkan libido ialah:
Tiram.
Tiram dapat meningkatkan dopamine, satu jenis hormon yang digelar sebagai “feel good” hormon yang dapat meningkatkan libido dalam kedua-dua suami dan isteri. Tiram adalah sangat penting terutamanya untuk lelaki kerana tiram sangat kaya dengan zink yang penting dalam pengeluaran hormon testosteron dan penghasilan sperma yang sihat.
Dark chocolate.
Dark chocolate atau coklat gelap banyak manfaatnya, kerana dikatakan dapat memberikan sensasi seperti bercinta jika memakannya. Hal ini kerana terdapat satu bahan kimia yang dipanggil phenylethylamine dan juga dikenali sebagai “love chemical” atau kimia cinta.
Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan juga mendapati bahawa wanita yang menikmati sekeping coklat setiap hari mempunyai kehidupan seks yang lebih aktif daripada orang yang tidak mengamalkan.
Tembikai.
Sesetengah pakar menggelarkan tembikai sebagai The New Viagra ataupun viagra yang baru. Bhimu Patil, merupakan seorang penyelidik dan pengarah di Fruit and Vegetable Improvement Center at Texas A&M University, mengatakan bahawa makan tembikai dapat memberikan kesan seperti Viagra dalam peredaran darh dan dapat meningkatkan libido.
Buah tembikai yang menyegarkan ini mempunyai asid amino citrulline. Asid amino citrulline adalah baik untuk sistem kardiovascular dan meningkatkan peredaran darah ke organ seksual sekaligus meningkatkan daya seks.
Biji Labu.
Seperti tiram, biji labu yang tinggi dalam zink yang penting untuk pengeluaran sperma yang sihat dan mencegah kekurangan testosteron pada lelaki. Mereka juga sarat dengan vitamin libido dan mineral seperti vitamin B,E,C,D,K dan mineral termasuk kalsium, niasin, dan phosporus.Biji labu juga mengandungi tahap Omega-3 yang penting untuk kesihatan seksual.
Pisang.
Pisang mempunyai enzim bromelain, yang dipercayai untuk meningkatkan libido dan meredakan gejala mati pucuk di kalangan lelaki. selain itu, mreka juga adalah sumber yang baik untuk potassium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tahap tenaga keseluruhan badan.
Avocado.
Kaum Aztec memnaggil buah avocado sebagai “ahuacatl” atau “testicle tree”. Avocado mengandungi tahap asid folik yang tinggi yang membantu dalam memetabolismekan protein, sekaligus memberikan tenaga yang banyak. Mereka juga mengandungi vitamin B6 (nutrien yang meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan potassium (yang membantu mengawal kelenjar tiroid wanita), dua elemen yang membantu meningkatkan libido dalam kedua-dua lelaki dan wanita.
Bawang putih.
Bawang putih dikatakan sebagai aphrodisiac yang kuat kerana ia mengandungi allicin, sebatian yang meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan prestasi seksual dengan meningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual.
Kacang.
Kacang merupakan penggalak libido yang hebat, terutamanya bagi lelaki kerana kacang adalah sumber semulajadi yang kaya dengan L-arginia. Asid amino ini dapat meningakatkan fungsi seksual dalam lelaki dengan merelakskan saluran darah.
Kajian awal juga mendapati bahawa L-arginia boleh membantu dalam masalah mati pucuk. Selain itu, bau badam dikatakan dapat membangkitkan semangat di kalangan wanita.
Seleri.
Secara normalnya ramai yang tidak terfikir bahawa seleri merupakan makanan yang dapat meningkatkan libido. menurut Judy Garman, Dr Walter Gaman dan Dr Mark Anderson, pengarang kepada buku yang berjudul “Stay Young:Ten Proven Steps to Ultimate Health” makan seleri dapat meningkat tahap pheromone dalam peluh lelaki, yang membuatkan mereka lebih menarik di kalangan wanita.
Cili.
Bahan yang membuatkan cili pedas ialah capsaicin yang boleh meningkatkan nafsu syahwat. Capsaicin menggalakkan pelepasan bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar jantung dan mencetuskan pembebasan endorphin yang dapat meningkatkan libido.