Wednesday, 17 September 2014

Kebab daging homemade

Saya sangat suka makanan yang simple tetapi mengenyangkan, berkhasiat, menarik dan paling penting ialah berprotien tinggi.

Protien merupakan sumber utama dalam pembinaan otot dan dalam hidangan ini saya menggunakan sumber protien daripada daging, tauhu dan keju. 

Bahan-bahan:

Bahan asas:
1. Daging (dalam resipi ini saya menggunakan daging burger. Tetapi saya cadangkan anda gunakan daging kisar biasa)
2. Capati ( anda juga boleh menggunakan roti pita)
3. Buah tomato ( anda boleh gunakan sayur-sayuran lain mengikut citarasa anda)

Bahan sos:
1. Tauhu telur
2. Mayonis
3. Sos cili
4. Sos tomato
5. Lada hitam
6. Jintan manis
7. Kicap
8. Keju

Cara penyediaan:

Bahan asas:
1. Bakar daging di dalam oven ( saya cadangkan bakar di atas arang jika mampu) pada suhu 220°c selama 30 minit sehingga keluar lemak atau minyak.
2. Panaskan capati pada suhu 150°c selama 5 minit.
3. Potong buah tomato mengikut citarasa anda

Bahan sos:
1. Bakar tauhu sehingga kuning pada suhu 250°c selama 10 ke 15 minit dan pastikan tidak hangit.
2. Racit atau hancurkan tauhu setelah dibakar
3. Gaulkan 3 sudu mayonis, 3 sudu lada hitam, 2 sudu sos cili, 1 sudi sos tomato, sedikit jintan manis dan sedikit kicap bermasa tauhu.

Penyediaan akhir (finishing):
1. Letakkan sos yang telah disediakan di atas capati.
2. Letakkan daging di atas sos
3. Letakkan tomato
4. Letakkan keju
5. Lipatkan capati dan panaskan di dalam oven pada suhu 120 ke 150 °c selama 5 minit dan sedia untuk hidangan.

Monday, 15 September 2014

Rojak dan Cendol la...

Rojak dan cendol merupakan dua jenis hidangan yang agak popular. Ada yang dijual di kedai-kedai mamak sehinggalah daripada lori gerai.
Kali ini saya dibawa oleh rakan sekerja ke satu lori gerai berhampiran Taman Tengku Abdul Rahman atau dikenali Taman TAR, berhampiran dengan Petronas Ampang Point.
Dibuka pada waktu makan tengahari dan menerima kunjungan pelanggàn yang ramai membuatkan lori gerai ini agak sesak. Apa yang pasti sekiranya lambat maka terpaksalah makan bermejakan kerusi.
Harga rojak dan cendol di sini agak berpatutan dan jika nak dikira kelazatan rojak dan cendol, saya beri 4 BINTANG Daripada 7 BINTANG.

Saturday, 13 September 2014

HENTIAN IKAN SUNGAI LPT 1

Saya tak nafikan yang negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli dan hasil sungai. Apa yang pasti, daerah Temerloh adalah sangat sinonim dengan IKAN PATIN dan IKAN PATIN pula sangat-sangat sinonim dengan lauk IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.

Akan tetapi jangan lupa, di sini juga mempunyai satu lagi jenis ikan yang jarang dijumpai di kedai-kedai nasi campur iaitu IKAN BAUNG

Saya telah singgah di hentian rehat dan rawat (RnR), Temerloh arah ke Kuala Lumpur untuk berehat sebentar setelah penat dan mengantuk setelah memandu dari Kemaman dan menikmati hidangan IKAN BAUNG MASAK TEMPOYAK.

Saya akui IKAN BAUNG tidaklah sesedap IKAN PATIN kerana isinya agak pejal dan kurang lemak. Tukang masak yang berpengalaman lebih mengetahui cara memasak ikan ini supaya rasanya dapat menandingi lauk IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.

Harga yang yang ditawarkan untuk masakan di sini sangat berpatutan di semua gerai kerana dikawal oleh pihak pengurusan LPT 1 dan RnR agak selesa untuk di kunjungi.

Jadi sekiranya anda melalui LPT  1, jangan lupa untuk berkunjung ke RnR ini..

ROTI TEMPAYAN TERBAIK DI KEMAMAN

Apa yang saya tahu roti tempayan ini berasal daripada India kalau makan memang kenyang.
Oleh sebab itu saya telah pun berjaya menjejak kedai roti tempayan yang terbaik di kemaman, Terengganu ketika kunjungan saya di negeri tersebut.

Terletak di jalan Kuala Terengganu - Kemaman bersebelahan STESEN SHELL kampung Besut,kemaman.

Harga sangat berpatutan dan dihidangkan dengan 3 jenis kuah...boleh pilih sama ada mahu dihidangkan dengan  kuah kari kambing, ayam atau daging.

Tuesday, 9 September 2014

AYAM PANGGANG BERAPI ( RESIPI BINA BADAN)

Ayam panggang berapi merupakan salah satu resipi ciptaan saya dan amat sesuai untuk mereka yang bergiat aktif dalam sukan bina badan yang mana pemakanan yang diamalkan sangat cerewet dan memerlukan disiplin yang tinggi.

Kebanyakan makanan yang saya makan adalah dimasak sendiri dan yang paling penting  KURANG LEMAK,KURANG GARAM,KURANG GULA!!

BAHAN-BAHAN:

1. Ayam bahagian dada (tapi kali ini saya gunakan bahagian lain)
2. Minyak zaiton satu sudu teh
3. Lada giling (cili boh or cili giling..sama je)
4. Secubit garam
5. Secubit gula
6. Sos tiram satu sudu teh
7. Perahan limau nipis secukup rasa

CARA-CARA:
1. Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai
2. Campurkan minyak zaiton, lada giling, garam, gula, sos tiram dan peraham limau
3. Lumurkan campuran di atas ayam fan perap selama setengah jam
5. Letak ayam di atas kertas aluminium (aluminium foil)
4. Panggang ayam pada suhu 250°c selama 20 minit

Anda juga boleh campurkan sayur-sayuran tidak berdaun seperti terung, brocoli dan lain-lain untuk memperbagaikan hidangan.

SELAMAT MENCUBA DAN MEMBINA OTOT

Monday, 8 September 2014

keramel pisang a.k.a banana caramel

Sebentar tadi saya telah pun gatal tangan menyediakan hidangan sarapan pagi until dinikmatibseelum bekerja hari INI.

Maka saya menyediakan karemel pisang yang mempunyai kurang lemak dan dapat menjana tenaga untuk permulaan hari.....Tanpa nasi lemak dan roti canai

BAHAN-BAHAN:
1. Pisang (montel atau berangan dicadangkan, tetapi anda boleh menggunaan pisang kegemaran anda)
2. Gula perang ( gula Melaka Lebih baik, tetapi anda boleh menggunakan gula pasir biasa)
3. Sedikit air
4. kertas aluminium (aluminium foil) atau Loyang
5. Beberapa biji bunga cengkih (jika suka)

CARA MEMBUAT:
1. Potong pisang mengikut citarasa and a
2. Gaulkan pisang dengan gula secukup rasa. Masukkan beberapa biji bunga cengkih jika suka.
3. Pindahkan pisang ke atas kertas aluminum dan renjiskan sedikit air
4.  Masukkan ke dalam oven dengan suhu 250°c selama 30 minit (pastikan oven dipanaskan dahulu selama sekurang-kurangnya 5 minit untuk menstabilkan suhu)

Note: anda boleh menikmati hidangan ini sebelum senaman bebanan (workout) untuk tujuan booster energy

Senangkan..Selamat mencuba

10 Makanan Yang Dapat Meningkatkan Libido

Salah satu penyebab atau faktor perkahwinan semakin hambar ialah hilangnya atau semakin berkurang libido atau nafsu syahwat oleh pasangan suami isteri. Hal ini berlaku kerana suami yang terlalu sibuk dengan hal-hal pekerjaan sehingga menyebabkan badan terlalu letih untuk bersama. Selain itu stress dengan keadaan kewangan dan masalah peribadi juga dapat mengurangkan libido seorang lelaki.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan libido atau ghairah seks kembali seperti di awal perkahwinan. Antara salah satu cara ialah dengan mengambil herba atau ubat-ubatan yang banyak  terjual di pasaran tetapi herba dan ubat-ubatan tersebut tidak terjamin akan keselamatannya.

Selain dari mengambil herba atau ubat-ubatan, terdapat beberapa makanan semulajadi yang dapat meningkatkan libido dalam diri seseorang. Dengan mengambil makanan semulajadi, keselamatan adalah terjamin. Tambahan pula, makanan semujadi ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan libido malahan dapat meningkatkan kesuburan terutamanya bagi pihak lelaki.

Antara makanan semujadi yang dikatakan dapat meningkatkan libido ialah:

Tiram.
Tiram dapat meningkatkan dopamine, satu jenis hormon yang digelar sebagai “feel good” hormon yang dapat meningkatkan libido dalam kedua-dua suami dan isteri. Tiram adalah sangat penting terutamanya untuk lelaki kerana tiram sangat kaya dengan zink yang penting dalam pengeluaran hormon testosteron dan penghasilan sperma yang sihat.

Dark chocolate.
Dark chocolate atau coklat gelap banyak manfaatnya, kerana dikatakan dapat memberikan sensasi seperti bercinta jika memakannya. Hal ini kerana terdapat satu bahan kimia yang dipanggil phenylethylamine dan juga dikenali sebagai “love chemical” atau kimia cinta.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan juga mendapati bahawa wanita yang menikmati sekeping coklat setiap hari mempunyai kehidupan seks yang lebih aktif daripada orang yang tidak mengamalkan.

Tembikai.
Sesetengah pakar menggelarkan tembikai sebagai The New Viagra ataupun viagra yang baru. Bhimu Patil, merupakan seorang penyelidik dan pengarah di Fruit and Vegetable Improvement Center at Texas A&M University, mengatakan bahawa makan tembikai dapat memberikan kesan seperti Viagra dalam peredaran darh dan dapat meningkatkan libido.

Buah tembikai yang menyegarkan ini mempunyai asid amino citrulline. Asid amino citrulline adalah baik untuk sistem kardiovascular dan meningkatkan peredaran darah ke organ seksual sekaligus meningkatkan daya seks.

Biji Labu.
Seperti tiram, biji labu yang tinggi dalam zink yang penting untuk pengeluaran sperma yang sihat dan mencegah kekurangan testosteron pada lelaki. Mereka juga sarat dengan vitamin libido dan mineral seperti vitamin B,E,C,D,K dan mineral termasuk kalsium, niasin, dan phosporus.Biji labu juga mengandungi tahap Omega-3 yang penting untuk kesihatan seksual.

Pisang.
Pisang mempunyai enzim bromelain, yang dipercayai untuk meningkatkan libido dan meredakan gejala mati pucuk di kalangan lelaki. selain itu, mreka juga adalah sumber yang baik untuk potassium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tahap tenaga keseluruhan badan.

Avocado.
Kaum Aztec memnaggil buah avocado sebagai “ahuacatl” atau “testicle tree”. Avocado mengandungi tahap asid folik yang tinggi yang membantu dalam memetabolismekan protein, sekaligus memberikan tenaga yang banyak. Mereka juga mengandungi vitamin B6 (nutrien yang meningkatkan pengeluaran hormon lelaki) dan potassium (yang membantu mengawal kelenjar tiroid wanita), dua elemen yang membantu meningkatkan libido dalam kedua-dua lelaki dan wanita.

Bawang putih.
Bawang putih   dikatakan sebagai aphrodisiac yang kuat kerana ia mengandungi allicin, sebatian yang meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan prestasi seksual dengan meningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual.

Kacang.
Kacang merupakan penggalak libido yang hebat, terutamanya bagi lelaki kerana kacang adalah sumber semulajadi yang kaya dengan L-arginia. Asid amino ini dapat meningakatkan fungsi seksual dalam lelaki dengan merelakskan saluran darah.

Kajian awal juga mendapati bahawa L-arginia boleh membantu dalam masalah mati pucuk. Selain itu, bau badam dikatakan dapat membangkitkan semangat di kalangan wanita.

Seleri.
Secara normalnya ramai yang tidak terfikir bahawa seleri merupakan makanan yang dapat meningkatkan libido. menurut Judy Garman, Dr Walter Gaman dan Dr Mark Anderson, pengarang kepada buku yang berjudul “Stay Young:Ten Proven Steps to Ultimate Health” makan seleri dapat meningkat tahap pheromone dalam peluh lelaki, yang membuatkan mereka lebih menarik di kalangan wanita.

Cili.
Bahan yang membuatkan cili pedas ialah capsaicin yang boleh meningkatkan nafsu syahwat. Capsaicin menggalakkan pelepasan bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar jantung dan mencetuskan pembebasan endorphin yang dapat meningkatkan libido.