Thursday, 22 May 2014
rempuh Sup di Dagang Avenue food court...Taman Dagang, Ampang
Wednesday, 21 May 2014
ANTARA NASI KERABU PUTRA SULAIMAN DAN NASI KERABU GOMBAK SETIA....HEMM (food testing)berbau haru
Biasanya kereta saja ada test drive, tapi kali ni saya adakan food testing.
NASI KERABU
Nasi Kerabu Gombak Setia
Seperti yang kita dapat lihat dari dalam gambar, agak menarik.
a. ada keropok
b. ikan bakar
c. dibungkus di dalam daun pisang
menarik dan agak lazat. Nasi yang dihidangkan agak memuaskan dan berderai. Memang terbaik.
Harga RM 4
Nasi Kerabu Ampang Putra ( Restoran Malaysia)..berhampiran dengan bangunan Risda ESTET
Seperti yang dapat kita lihat di dalam gambar
a. ada keropok
b. ayam bakar
c. dibungkus di dalam kertas minyak
komen saya, sedap la juga cuma ada sedikit kekurangan iaitu tidak menggunakan daun pisang dan nasinya agak lembik.
Harga RM 5
Nantikan review nasi lemak saya pula nanti.
Monday, 19 May 2014
CHOW FOOD COURT AMPANG POINT.......CHOIII
Semalam saya menikmati hidangan nasi ayam di CHOW FOOD COURT, AMPANG POINT bersama lai chi kang sebagai pencuci mulut.
Komen saya, makanan di sini agak kurang memuaskan mungkin sebab dah petang. Pengunjung di sini agak kurang dan mengurangkan kemeriahan suasana di food court.
Mengenai harga, RM 9.00 mungkin agak murah walaupun ada food court yang lebih murah dan memuaskan.
Kenyang juga tetapi ada yang lebih baik...huhu
Sunday, 18 May 2014
Sepanjang sambutan hari jadi di ibu pejabat
Hari ini diadakan sambutan hari jadi kepada staff yang lahir pada bulan MARCH SEHINGGA MAY. Makanan yang di sediakan agak sederhana tetapi menepati cita rasa.
Alhamdulillah, perut pun kenyang, hati pun gembira.
SAYA LAMPIRKAN GAMBAR BIRTH DAY BOY, ENCIK AHMAD NORHISYAM ABDULLAH DAN EN. SULAIMAN KARIM
SEMOGA BELIAU SENTIASA CERIA DAN DIBERKATI ALLAH BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
insyaallah....amin
PASAR MALAM YANG HEAVEN...JALAN TAR, KUALA LUMPUR
PASAR MALAM JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN,KUALA LUMPUR merupakan pasar malam yang terbesar di Malaysia. Pasar malam ini bermula dari pusat mebeli belah CHAMBELL dan berakhir di WISMA YAKIN DAN MASJID INDIA.
Berbagai gerai menjual makanan terdapat di sini dan dijual dengan harga yang berpatutan. Dan yang pasti, semakin petang menjelma semakin ramai orang yang berkunjung di sini.
Pasar malam ini bermula pada jam 4 petang dan berakhir jam 10 malam dan hanya dibuka pada setiap hari SABTU.
Selamat berkunjung dan berhati-hati dengan penyeluk saku.
Wallaaaa
Saturday, 17 May 2014
Makan-makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kampung Baru merupakan kawasan perkampungan melayu yang terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Senang saja nak cari tempat ni.
Kampung Barunjuga merupakan surga makanan di Kuala Lumpur ni, Macam-macam gerai ada dan boleh pilih yang mana suka. Tapi yang pasti, pemilihan restoran perlu tepat untuk memastikan kenikmatan mengunyah dan menelan makan dikecapi dan tidak pula rasa mahu mencari tandas ketika sedang makan. TANDAS SUSAH NAK CARI DI SINI.
Thursday, 15 May 2014
Jalan-jalan di Kota Bharu
Ini gambar di WAKAF CEK YEH....macam uptown di Danau Kota dan Cheras...tetapi 2 kali lebih luas...barang-barang di sini murah-murah...bila lagi lah nak sampai kat sini
SINGGAH DI HENTIAN BENTA
Penat memandu, singgah sebentar di hentian Benta, Kuala Lipis. Makanan di sini boleh tahan juga, murah dan menarik. Semangkuk ikan patin bahagian kepala yang memang rasa menyengat tu baru RM 7.00 wow...tetapi akan patin di sini tetap tak sama macam masakan dan ikan patin TEMERLOH.
Nanti sesiapa yang datang KUALA LIPIS...singgah lah....